Wednesday, June 18, 2014

Alat Jimat Elektrik - Berbaloikah Untuk Kita Beli?

alat jimat elektrik, jimat elektrik rumah, jimat bil elektrik
Terdapat pelbagai jenama dan jenis alat jimat elektrik kini berada dipasaran. Rata-rata harga bagi alat jimat elektrik ini dipasaran diantara RM130 hingga RM350 namun, adakah alat ini benar-benar mampu menjimatkan penggunaan elektrik dirumah sekaligus dapat memberi penjimatan bil elektrik setiap bulan?.

Terdapat banyak laman web yang giat memperomosikan alat jimat elektrik ini. Dengan menjanjikan penjimatan bil elektrik sehingga 25%-30% siapa yang tak mahu berjimat kan?. Mereka juga turut melampirkan testimoni-testimoni yang didakwa dari pelanggan mereka yang telah berjaya menjimatkan bil elektrik dengan kadar penggunaan elektrik yang sama.

Saya sendiri pada mulanya tertarik untuk membeli alat jimat elektrik ini apabila didekati beberapa orang jurujual di pasar raya TESCO. Mereka bersungguh-sungguh cuba meyakinkan saya hingga sanggup memberi jaminan jika dalam tempoh tiga bulan penggunaan masih tiada penurunan caj bil elektrik wang akan dikembalikan.

Tapi apabila saya melihat alat jimat elektrik itu depan mata sendiri, terdetik dihati seperti tidak percaya yela takkan benda yang seringkas dan sekecil ini mampu menjimatkan elektrik sehingga 30%. Dengan kualiti yang saya lihat meragukan macam buatan sendiri saja.

Ternyata bukan saya saja yang rasa begitu. Terdapat banyak komen negatif tentang alat jimat elektrik ini lebih-lebih lagi di forum online. Ada yang kata memang berkesan boleh jimatkan elektrik tapi lepas 5 hingga 6 bulan alat itu dah tak berfungsi lagi. Fuhh selamat duit, yela jurujual tu bagi jaminan untuk 3 bulan saja kalau bil elektrik tiada penjimatan wang akan dikembalikan tapi kalau lepas 5-6 bulan dah tak jimat elektrik macam mana pula.

alat jimat elektrik, jimat elektrik rumah, jimat bil elektrik

Bagi saya sama ada boleh jimat bil elektrik atau tidak semuanya bergantung dengan cara penggunaan kita sendiri. Jangan dek kerana sikap kita yang tak berhemah dalam penggunaan elektrik ada pihak lain mengambil kesempatan mengaut keuntungan mudah. Buat alat yang nampak ajaib sikit dengan penerangan yang mengalahkan jurutera bukan semua orang faham pun. Yang orang faham boleh jimat bil elektrik saja.

Lebih baik berwaspada sebab pihak Suruhanjaya Tenaga (ST) hanya mengesahkan alat ini selamat digunakan tetapi bukan pengesahan yang alat jimat elektrik ini benar-benar berkesan.